Kenapa perlu merancang kehidupan yang lebih baik
Bila masa tidak diperuntukkan untuk menetapkan sasaran terhadap kehidupan diri kita, maka kita biasanya hidup seperti kayu kering yang terapung atas air sungai. Tiada hala tuju kehidupan seterusnya membiarkan daya arus kehidupan manusia lain yang menentukan pergerakan anda dan keadaan sekeliling yang berikan perubahan pada kedudukannya. Tetapi sebaliknya apabila ada halangan, maka kayu itu tersekat, bila datang arus kuat, dia terlepas hanyut semula meneruskan perjalanan entah kemana mana hanyutnya
begitulah umpama istilah manusia yg hidupnya tiada perancangan .
Dan berkemungkinan secara tidak kita sedar. Bilamana keputusan membuat perancangan kehidupan seawal nya tidak dibuat untuk jadi macam mana ? dan untuk buat apa ? supaya jadi sebagaimana yang anda mahukan, maka semua orang lain sekeliling andalah yg akan tentukan pergerakan anda selanjutnya.
Jadi belom terlewat untk memulai perancangan apa pun yg penting membawa kebaikan untuk anda dan masa hadapan
Bisa jadi perancangan tersebut seperti ingin kan sebuah keluarga bahagia jadi perlu bertanya pada diri apa yg harus dilakukan untuk mencapai KEBAHAGIAN KELUARGA jadi disitulah bermula nya yg dinama kan Perancanngan.
Kita melalui hidup ini seumpama
kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju. Sebagai Manusia azali.
Pokoknya Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.
Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah.
Kita salahkan Allah,
“Kenapa Kau beri aku begini dan begitu ?”
Merungut dan menyesali ...
Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa, tidak SABAR dan tdk bersungguh sungguh malas membuat perancangan .dan tdk tetap pendirian DIRI
kehidupan yang bagaimana kita impikan?
Ada pepatah mengatakan
Jika kamu gagal merancang, bererti kamu merancang untuk gagal.”
Maksudnya tiada hala tujuan Hidup
Dari Dewasa-Sampai KeUsia Senja
Sama saja...
Antara Sebab Mengapa Tiada Impian:
Terlalu bekerja Kesibukan Mempunyai jadual yang padat. Untuk fikirkan Kehidupan sbgai Manusia Azali
sehingga sedar tak sedar umur semakin meningkat ke arah umur 40 an
Sebaiknya janganlah kita tidak menjadi kapal yang bersauh tanpa destinasi.
Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik.
Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat.
Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.
Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam,
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam,
manakala orang yang TERPEDAYA adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru pentingnya ada impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam.
Insya-Allah.
Jadi jawapan pada soalan kehidupan macam mana yang anda mahu kedepan?
Kemudian mula buat perancangan macam mana nak dapatkannya.
Dan pastikan kehidupan yang seimbang
Bagi saya, kehidupan yang lebih baik perlu ada unsur-unsur sebuah kehidupan yang seimbang. Ada kaitan terhadap diri kita sendiri, kaitan antara kita dengan Pencipta, kaitan antara kita dengan alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan, dan juga antara kita dengan sesama manusia
Ada orang yang mengejar kekayaan. Dia habiskan kebanyakan daripada masanya untuk kejar kekayaan dan kemahsyuran. Tapi malangnya dia abaikan terus kesihatan secara yang amat teruk. Tidur tak cukup dan tak menentu, makan berlebihan ikut nafsu, tidak bersenam, tidak tenangkan fikiran, badan gemuk berlebihan, nafas semput dan macam-macam lagi. Tapi duitnya banyak…. berbaloikah ?
Apakata mulai sekarang jangan lengah lengah tak kiralah apa pun status pekerjaan anda dan siapa pun anda
sesuai sangat untuk anda buat muhasabah diri secara serius untuk memikirkan kehidupan yang lebih baik yang anda perlu rangka bermula dari sekarang.
Mungkin itu boleh dijadikan azam tahun baru terakhir untuk anda.
Sebab selepas ini, ia akan menjadi satu pelan perlaksanaan berterusan yang tidak akan habis bulan demi bulan dan tahun demi tahun.
Untuk memulakan perancangan tersebut, saya syorkan bermula dari sekarang, gunakan diari atau buku catitan aktiviti harian. Kalau anda jenis yang tak suka menulis, lebih selesa menggunakan telefon pintar, gunakan Apps yang bersesuain untuk mencatit perkembangan harian.
Mencatit secara harian merupakan satu permulaan yang amat baik untuk menuju sebuah kehidupan yang lebih baik. Nanti kita lihat pula bagaimana menggunakan buku catitan harian secara berkesan untuk membuat perubahan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment